Sunday, November 6, 2011

:::IIUM SILAT TEAM:::

IIUM SILAT TEAM merupakan sebuah persatuan seni mempertahankan diri di UIAM yang berorientasikan sukan yang mana segala bentuk latihannya adalah bertujuan untuk mempersiapkan para atlet bagi menyertai pertandingan-pertandingan seperti kejohanan silat terbuka dan juga kejohanan MASUM.

IIUM SILAT TEAM ini bukan seperti persatuan-persatuan silat yang lain kerana kami tidak berada di bawah mana-mana pertubuhan ataupun perguruan silat, malah kami merupakan satu gabungan pesilat-pesilat UIAM. Ini bermakna tidak kira seseorang itu berasal daripada mana-mana pertubuhan silat sekalipun atau langsung tidak pernah mempunyai latar belakang ilmu persilatan, seseorang itu boleh menyertai gabungan pesilat UIAM ini sekaligus berpeluang mewakili UIAM dalam kejohanan-kejohanan besar.

Untuk pengetahuan umum, dalam pencak silat terdapat dua jenis kategori iaitu kategori Silat Olahraga dan juga kategori Silat Seni. 

Bagi kategori Silat Seni, ianya terbahagi kepada tiga acara pula iaitu:
1) Jurus Tunggal,
2) Jurus Wajib (Regu),
3) "Ganda" (Tempur). 

Bagi kategori Silat Olahraga pula ianya merupakan satu pertandingan satu lawan satu ataupun dipanggil sebagai "sparring" yang mana pemenang akan dikira daripada jumlah mata yang dikumpul melalui serangan tepat ke sasaran yang ditetapkan.

:::Captain's Regard:::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini merupakan satu lagi hari kebesaran dalam Islam yang disambut oleh semua umat Islam dari seluruh dunia. Hari Raya Qurban atau dikenali sebagai Hari Raya Haji dan lebih tepat sebagai Hari Raya Eidul Adha diraikan sempena memperingati peristiwa dan pengorbanan besar Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail dan bagaimana kepatuhan Nabi Ismail kepada tuhannya dengan merelakan dirinya dikorbankan.

Semoga kita sama-sama mendapat pedoman daripada peristiwa tersebut dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bila kita ingin mencapai sesuatu, kita perlu mengorbankan sesuatu yang lain. Tunaikan hak kepada yang sepatutnya.

Semoga kita semua sentiasa sukses dalam apa yang kita lakukan. All the best all of u!
Wallahua'lam~